KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PETALING JAYA
12, JALAN TEMPLER
46000 PETALING JAYA
SELANGOR
previous arrow
next arrow
PlayPause
Slider

SALAM PERKENALAN

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya atau ringkasnya KKTMPJ adalah salah sebuah Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang komited dalam melahirkan pelajar yang berjaya dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi di dalam industri dan kerjaya.

Sebelum ini KKTMPJ menawarkan program BTEC Level 5 HND Diploma in Electronic Engineering yang dilaksanakan dengan kerjasama Pearson Education Limited, United Kingdom.

Kini, KKTMPJ berbesar hati untuk memaklumkan tentang penambahbaikan yang dilakukan oleh kami. Tahun ini, kami dalam proses untuk menawarkan program baru kepada bakal-bakal pelajar dengan menyediakan kemahiran akademik dan latihan di peringkat Diploma yang berkonsepkan IoT (Internet of Things) selain mengekalkan latihan kejuruteraan elektronik secara asasnya. Program baru yang akan ditawarkan adalah Diploma in Electronic Engineering (Internet of Things). 

Jadi, kami berharap agar KKTMPJ menjadi destinasi terbaik pilihan anda untuk merealisasikan impian anda dan keluarga di sini. Jom sertai kami di KKTMPJ.